KUALA LUMPUR 12 Sep – Biro Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dan Parlimen Belia Majlis Belia Malaysia (MBM) telah selesai melaksanakan tapisan usul peringkat pertama MPBN bagi tahun 2022 di Wisma MBM.
Usul-usul ini akan diangkat ke peringkat seterusnya sebelum dibentang dan dibahaskan dalam persidangan akan datang.
Hadir sama Exco MBM Sdr. Mohd Ismail Mahyuddin, Sdri. Jessy Ng merangkap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Biro; Penyelidik MBM Dr. Syafiqah Abdul Rahim dan Puan Bibi Zaleha.


