MAJLIS BELIA MALAYSIA

‘Billateral Meeting’ MBM bersama National Assembly of Youth Organizations of the Republic of Azerbaijan

SOCHI, 6 Mac – Pertemuan bilateral Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama National Assembly of Youth Organizations of the Republic of Azerbaijan telah berlangsung di Hotel Alpha Sirius.

National Assembly of Youth Organizations of the Republic of Azerbaijan merupakan organisasi belia induk di Azerbaijan.

Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi dalam ucapannya mempelawa Azerbaijan datang ke Malaysia bagi meneroka dan menjalinkan kerjasama lebih aktif dalam pelbagai bidang khususnya generasi muda.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Pengerusinya, Rafael Hajibayli.

Hadir sama Naib Presiden MBM, Sdr. Khairul Azman Abdul Azeez; Penolong Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohammad Iqmal Mahadi; Presiden GPMS Kebangsaan, Sdr. Fazreen Ismadi; Presiden Majlis Belia Sabah, Sdr. Abqaree Abekan dan Timbalan Presiden MBFM Kebangsaan, Sdr. Mustaqim.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »