MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bicara Had Talk Siri 2 “Pilpres Indonesia 2024”

Kuala Lumpur | 19 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan program bual bicara Had Talk Siri 2 yang bertajuk Pilpres Indonesia 2024, Anak Muda Penentu Pemenang? dengan fokus mengenai Pilihan Raya Indonesia 2024.

Program diadakan secara langsung di media sosial MBM serta secara fizikal di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras.

Hadir sebagai panelis dalam program tersebut, Marsha Damitha ; Partai Solidaritas Indonesia, Regina Vianney Ayudya; Partai PDI Perjuangan, Tengku Adnan ; Partai Nasdem dan Cenruang Alung; Mahasiswa Indonesia.

Sesi bual bicara ini telah dimediasikan oleh Sdr. Muhammad Syahmi Shamsudin, Ahli Jawatankuasa Antarabangsa dan Sekretariat MBM.

Turut serta menyambut dan mendengar perkongsian dari panel jemputan, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM serta dihadiri oleh Sdr. Syafiq Ridzwan, Penolong Ketua Penerangan MBM dan Sdr. Faiz Shuhaimi, Exco MBM.

Seramai lebih 100 orang telah hadir menyaksikan sesi bual bicara ini, antaranya penyokong dari parti politik Indonesia, anak muda Malaysia, wakil dari parti politik Malaysia seperti Angkatan Muda Keadilan (AMK) , Democratic Action Party (DAP) Malaysian United Democratic Alliance (MUDA), Pemuda UMNO Malaysia dan Siswa Parti Islam Semalaysia (PAS).

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »