MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bersama menggerakkan agenda besar negara

KUALA LUMPUR 7 September – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Sesi Maklum Balas Rakyat Berhubung Draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 Peringkat Wilayah Persekutuan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Program dihadiri YB Tan Sri TPr Annuar Haji Musa, Menteri Wilayah Persekutuan.

Lebih 20 ribu maklum balas diterima oleh pihak Kementerian hasil daripada maklum balas yang telah dijalankan dalam siri-siri jelajah sebelum ini.

Tujuan maklum balas berhubung draf PTPN ini, adalah bertujuan mengumpul input tentang kefahaman rakyat Malaysia mengenai semangat perpaduan dan penghayatan rukun negara bagi masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Prinsip “Co-Existence” atau Kewujudan Bersama harus dijadikan asas dalam pelaksanaan program dan aktiviti bermasyarakat. Justeru MBM menyeru, marilah kita bersama-sama mengangkat makna “kebersamaan” ini supaya ia akan menjadikan kita lebih bersatu dan maju menggerakkan agenda besar negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »