MAJLIS BELIA MALAYSIA

Berita KBS – Hasrat KJ Di Persidangan Meja Bulat Belia Gagasan Komuniti ASEAN 2014

 

PUTRAJAYA — Persidangan Meja Bulat yang dihasratkan Menteri Belia Dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia menerusi Pelan Hala Tuju KBS agar Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bertindak sebagai pemangkin dalam menjana idea intelektual golongan muda dalam menangani pelbagai isu semasa yang melibatkan golongan muda mendapat respon dari IYRES.

Persidangan Meja Bulat Belia Gagasan Komuniti ASEAN yang menjadi salah satu dari beberapa meja bulat telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Podium B, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini.

Pelaksanaan Persidangan Meja Bulat Belia Gagasan Komuniti ASEAN merupakan penganjuran bersama IYRES, Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Antara objektif Persidangan Meja Bulat Belia ini adalah menyediakan platform bagi memberi penerangan yang jelas dan kempen kesedaran kepada generasi muda tentang pelaksanaan Komuniti ASEAN dan membuka peluang kepada para peserta terutama kepada generasi muda untuk menyuarakan pandangan, maklum balas mahupun reaksi berkaitan pelaksanaan Komuniti ASEAN pada tahun 2015.

Sermasa Persidangan ASEAN ke-9 pada 7 Oktober 2003, pemimpin-pemimpin negara ASEAN telah bersetuju untuk membangunkan Komuniti ASEAN menjelang tahun 2020. Persetujuan penubuhan komuniti tersebut dikenali sebagai Persetujuan Bali ke 2 — “Bali Concord 77”, yang dibentangkan oleh Mohamed Aslam pada tahun 2005. Menurutnya lagi di dalam kajian beliau yang bertajuk Komuniti Ekonomi ASEAN: Mungkinkah Menjadi Realiti? Terdapat tiga cabang utama dibentuk iaitu Komuniti Politik-Keselamatan, Komuniti Ekonomi dan Komuniti Sosio-Budaya.

Oleh: Mohamed Farid Bin Mohamed Azmi (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)
razali_m@kbs.gov.my

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »