MAJLIS BELIA MALAYSIA

Beri tempoh 2 tahun sebelum turun had usia belia

MELAKA: Kerajaan negeri mencadangkan Kementerian Belia dan Sukan supaya menangguhkan pelaksanaan pindaan had umur belia daripada 40 kepada 30 tahun untuk tempoh dua tahun lagi.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan, VP Shanmugam berkata, ia berikutan pandemik COVID-19 sejak tahun 2020, ia membantutkan dan menyukarkan pertubuhan belia mengadakan pertemuan secara bersemuka bagi menyediakan pemimpin pelapis.

“Saya mohon kalau boleh ada pertimbangan, beri tempoh dua tahun lagi. Saya mohon ia dilanjutkan sehingga tahun 2023.

“Kita harap dalam masa dua tahun ini, dapat menampilkan barisan pemimpin belia baharu untuk ambil alih pucuk pimpinan pertubuhan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2021 di Ayer Keroh, malam tadi.

Shanmugam berkata, penurunan had usia itu mengikut piawaian antarabangsa dianggap tidak sesuai dengan Malaysia kerana tahap kematangan belia dilihat berbeza dengan negara barat.

“Malaysia dengan negara barat adalah dua senario berbeza. Saya rasa pelaksanaannya begitu cepat, tetapi akta sudah diluluskan.

“Kalau boleh, beri dua tahun pelanjutan sebelum dilaksanakan supaya kita dapat menampilkan barisan pemimpin belia yang boleh menerajui masa depan,” katanya.

Artikel penuh :

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/895908/beri-tempoh-2-tahun-sebelum-turun-had-usia-belia?fbclid=IwAR2GI3zNd7-4QwW9hirVAEIFkvIr3DXjNwor14cr4OafIigHbxloOz1YoJk

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »