MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Training of Trainer (TOT) Pemacu Negara

KUALA LUMPUR 11 September – Lanjutan daripada kerjasama program Pemacu Negara Bootcamp bersama pihak Institut Masa Depan Malaysia (Institut MASA), MBM sekali lagi diberi kepercayaan untuk mencalonkan wakil MBM untuk menghadiri siri Bengkel Training of Trainer (TOT). Objektifnya untuk memastikan jurulatih berkualiti dapat dihasilkan untuk melatih kelompok sasaran yang ditetapkan.

Hasratnya, agar agenda Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) dapat disampaikan kepada belia di pelbagai peringkat dengan lebih berkesan. MBM diwakili Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik Pejabat Presiden dan Sdr. Siva Nesan, Alumni program Pemacu Bootcamp.

Encik Nizam Mahshar, Ketua Pegawai Eksekutif Institut MASA turut menyampaikan amanat khas kepada para peserta. Senada dengan hasrat WKB2030 untuk mengagihkan kemakmuran negara secara saksama, beliau menekankan agenda ini merupakan agenda nasional yang diharapkan mendapat dukungan daripada pelbagai pihak. MBM memberikan sokongan penuh bagi menjayakan hasrat murni yang disasarkan ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »