Bengkel ini telah berlangsung pada 3 hingga 4 Julai 2019 di SpaceRubix, Puchong dianjurkan bagi memberi latihan kepada bakal fasilitator Program Inspirasi Anak Muda yang dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM). Peserta yang hadir dalam program ini terdiri daripada kakitangan JBSN, gabungan MBM serta NGO belia. Majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Pembangunan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Encik Asmori Hj S’ahari.
Turut hadir Exco MBM, Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khas Latihan dan Kepimpinan MBM, Cik. Zoel Ng dari KBS dan dua penceramah khas Prof. Cecilia Essau, University Roehampton dan Puan Priscilla Ho, Pengasas Creativity Heart.