MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Training of Trainer Belia : Ke Arah Membanteras Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran

KUAH 7 Nov – Menyedari usaha membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran merupakan masalah global yang menuntut kerjasama semua pihak, Jabatan Belia Dan Sukan Negara dengan kerjasama Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) telah mengadakan Bengkel Training of Trainer Belia : Ke Arah Membanteras Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran pada 5 – 7 November 2022 bertempat di Institut Pengurusan Peladang Langkawi.

Majlis penutup disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Jana Santhiran Muniayan di atas Kapal KM Siangin Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Dalam majlis tersebut, turut dilancarkan buku garis panduan belia membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Seramai 42 orang peserta terdiri daripada pegawai belia, pegawai agensi kerajaan dan pemimpin persatuan belia dari gabungan MBM menyertai program ini sebagai penggerak awal di seluruh negara dalam memberikan maklumat dan kesedaran berhubung jenayah Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran.

Peserta juga dibawa meninjau kawasan tumpuan (hot spot) di perairan Langkawi melalui kapal APMM.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Mohd Sayuthi Bakar; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Tuan Mohd Azhari Mohammad dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSN, Dr. Zainah Shariff.

MBM diwakili oleh Exconya, Sdri. Jessy Ng

Tahniah dan terima kasih JBSN & KDN!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »