Kuala Lumpur, 2 Ogos 2015 – Kejayaan sesuatu program latihan bukan hanya boleh dicapai melalui kekuatan jurulatihnya, ianya juga turut dibantu oleh barisan urus setia yang mantap dan cekap. Urus setia merupakan satu kumpulan di sebalik tabir yang juga perlu diberikan latihan yang bagi memastikan sesuatu program latihan dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar.
Melihat pentingnya perkara ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Khas Latihan dan Kepimpinan telah menganjurkan Bengkel Pengurusan dan Teknikal Skuad MiB 300 bertepat di Kuala Lumpur International Hotel pada 1 dan 2 Ogos lalu. Bengkel ini merupakan inisiatif MBM dalam melahirkan barisan urus setia yang mampu menggalas tugas bagi penganjuran Kursus Kepimpinan Skuad MiB 300 yang akan diadakan di seluruh Malaysia.
Penyertaan seramai 31 peserta yang meyertai bengkel ini yang mewakili negeri masing-masing telah dilatih dan didedahkan dengan prosedur untuk menjadi urus setia bagi Kursus Kepimpinan yang akan dijalankan. Melalui bengkel ini peserta dibahagikan mengikut kumpulan diberi peluang untuk merangka prosedur mereka sendiri dalam persediaan menjayakan sesebuah bengkel. Persediaan dari mula hingga akhir kursus dibentangkan oleh peserta bagi memastikan mereka benar-benar memahami dan bersedia dalam menjadi urus setia Skuad MiB 300.
Bengkel ini telah dijayakan bersama oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Penolong Setiausaha Agung MBM merangkap penceramah, Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri, Pengerusi Jawatankuasa Khas Latihan dan Kepimpinan MBM, Sdr. Ahmad Daniar Ismail dan Exco MBM, Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim.