PUTRAJAYA 9 Mac – Bengkel Indikasi Indeks Belia Malaysia 2021 telah berlangsung dua hari bertempat di Hotel The Everly dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia (IYRES).
Bengkel ini bertujuan untuk penambahbaikan pengukuran domain dan indikator Indeks Belia Malaysia (IBM) 2021 selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Bengkel ini disertai wakil daripada Kementerian, Agensi, Non-Governmental Organization (NGO), Persatuan Belia, Syarikat Korporat serta lain-lain pemegang taruh pembangunan belia.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Belia Malaysia (MBM) selaku pemegang taruh IBM, diwakili oleh Dr. Syafiqah Rahim, Penyelidik dan Sdr. Sivanesan Tamil Selvam, Felo Penyelidik MBM ke bengkel tersebut.
Banyak input-input rasional dalam merangka hasil intelektual dan kebolehberkesanan melibatkan golongan belia di negara ini dibahaskan.
Antaranya ialah kadar pengangguran belia, pendidikan, penglibatan belia dalam persatuan dan sukan. Hasil perbincangan bengkel ini kan dibentangkan untuk diterapkan dalam RMK 12.
Sesi perbincangan dalam kumpulan diteruskan mengikut empat kumpulan dengan dipandu oleh Fasilitator yang dilantik. Keempat-empat kumpulan tersebut telah membentangkan penambahbaikan domain dan indikator yang dilihat sejajar dengan peredaran semasa.
Hasil rumusan perbincangan telah disampaikan oleh YBrs. Gs. Dr. Saripah Osman, Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia (IYRES).