GEORGETOWN 8 Januari – Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Bengkel Post Mortem Pelaksanaan dan Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2020 bertempat di Hotel Bayview, Pulau Pinang.
Bengkel tiga hari ini merupakan inisiatif dalam menambah baik pengurusan, pemarkahan serta kelemahan dan kekurangan dalam pelaksanaan APBN sebelum ini.
Perasmian Bengkel disempurnakan oleh Dato’ Dr. Hjh. Wasitah Hj Mohd Yusof, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Turut hadir Dr Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, JBSN serta Sdr. Lim Swee Bok, Naib Presiden MBM. Penyertaan bengkel seramai 40 orang terdiri daripada Ketua Penilai APBN, kepimpinan MBM, wakil Majlis Belia Negeri dan wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri.