MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Perancangan Strategik PROKENS (Program Kemahiran Insaniah)

Kuala Lumpur 28 Nov – Majlis Belia Malaysia dengan Kerjasama Federasi Kebangsaan Pekerja Belia, Persekutuan Pengakap Malaysia dan Yayasan Mahasiswa telah mengadakan bengkel perancangan strategik PROKENS (Program Kemahiran Insaniah) bagi menetapkan halatuju serta pelan tindakan 5 tahun bermula pada tahun 2018-2022 yang berlangsung dari 24 hingga 26 November 2017.

Seramai 12 orang peserta terdiri daripada wakil badan gabungan serta wakil dari pelbagai syarikat telah hadir dan memberi pandangan serta idea didalam memenuhi objektif bengkel. Sdr. Jufitri bin Joha, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penyelidikan MBM.

Majlis juga turut hadir bagi memberi nasihat tentang halatuju PROKENS dalam membantu Belia di Negara Kita. Pengurus Besar Yayasan Mahasiswa, Sdr. Iskandar Shah Abd Rahman turut hadir memberi maklum balas serta idea penambahbaikan tentang pelan strategik PROKENS.

Bengkel ini adalah didalam usaha untuk memahami cabaran belia pada masa kini serta pada masa hadapan didalam menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50) khususnya dalam mendapatkan perkerjaan yang semakin  sengit dan mencabar.

Turut dibincang adalah cabaran graduan muda dalam mendapatkan pekerjaan. Laporan terbaru menunjukkan bahawa kadar pengangguran Belia di Malaysia telah meningkat ke 10.7%. Ini adalah tiga kali ganda lebih tinngi dari kadar pengangguran kebangsaan pada semua peringkat umur. Statistik ini diperoleh dari laporan tahunan Bank Negara pada tahun 2016

Kaji selidik Jobstreet Malaysia mendedahkan bahawa antara sebab utama kadar pengangguran dalam kalangan Belia dan graduan muda secara khususnya meningkat  adalah disebabkan sikap atau personaliti yang tidak baik, kelemahan dalam penguasaan bahasa Inggeris serta Kemahiran komunikasi yang kurang baik. Kaji selidik itu juga merumuskan bahawa 75% majikan menyatakan kualiti graduan muda hanyalah pada peringkat sederhana dan ini menyukarkan mereka mendapat pekerjaan.

Turut dibincangkan ialah adalah dalam mengenal pasti jenis kemahiran insaniah yang perlu diberi fokus serta kumpulan sasaran yang bermula dari seawal umur 7 tahun sehingga 30 tahun.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »