PUTRAJAYA 7 Julai – Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdri. ‘Atiqah Syairah Shaharuddin telah menghadiri Bengkel Penyediaan Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca Covid-19 bertemakan Malaysia’s Future Workforce.
Antara isu yang dibangkitkan dalam sesi tersebut ialah kesediaan agensi dalam mewujudkan sinergi antara belia di setiap peringkat dan memastikan partisipasi berterusan tenaga kerja belia dalam membina unjuran ekonomi pasca Covid-19.