MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Penulisan dan Persidangan Tokoh Belia rancang terbit buku

Raub, 16 September 2015. Jawatankuasa Pendidikan, Majlis Belia Malaysia telah berjaya menjalankan Program Bengkel Penulisan dan Persidangan Tokoh Belia Negara siri ke – II. Program kali ini berjaya membariskan beberapa orang tokoh belia yang telah meraih pengiktirafan di peringkat negeri, kebangsaan dan ASEAN. Program ini signifikan, kerana dijalankan di Ms Chemerkau Chekas, sebuah Chalet dan pusat peranginan  yang dibangunkan oleh Puan Munirah Mustapha yang juga merupakan Tokoh Beliawanis Pahang 2015. Pihak Institut Terjemahan Buku Negara (ITBM) dan Sekolah Pembangunan Kerja Belia dan Komuniti (SPKB) turut terlibat menjayakan program ini. Antara pengisian yang terdapat dalam program ini ialah lanjutan kepada para peserta mengenai penulisan dan memberikan tumpuan khas terhadap proses menerbitkan buku mengenai kisah perjuangan tokoh belia. Resolusi yang dicapai amatlah memberangsangkan. Jika tiada aral melintang, buku yang dirancang berkenaan akan diterbitkan oleh pihak ITBM dan dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun hadapan. Buku ini merupakan manifestasi pihak MBM untuk mengarusperdanakan tokoh belia negara sebagai figura yang perlu diberikan perhatian atas sumbangan dan pencapaian mereka. Semoga cita-cita ini dapat dijayakan dan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

Disediakan oleh,

Sekretariat Penganjur Jawatankuasa Pendidikan MBM

Chekas 3 Chekas

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »