MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Pengurusan Organisasi Mapan Platform Komprehensif Pengurusan Persatuan Belia

Cameron Highlands, 8 Mac 2014  – Menyedari keperluan untuk meningkatkan kecekapan dan kredibiliti persatuan-persatuan belia seiring dengan kemajuan Negara, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Bengkel Pengurusan Organisasi Mapan MBM pada 8 Mac-9 Mac 2014. Bengkel ini telah disertai oleh Jawatankuasa Kerja MBM bersama-sama pemimpin-pemimpin kanan pentadbiran badan-badan gabungan MBM yang terdiri daripada Presiden, Setiausaha, Bendahari, dan Setiausaha Kerja.

Penganjuran bengkel ini merupakan salah satu inisiatif MBM untuk mewujudkan budaya kerja yang professional dalam pertubuhan belia yang mana dilihat mampu memberi impak positif kepada pergerakan belia di Malaysia. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Sahrul Zaman Bin Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak.

Pengisian bengkel adalah meliputi penerangan dan sesi soal jawab mengenai pengurusan pertubuhan belia. Antara tajuk yang dibincangkan dalam bengkel ini adalah i) Sistem Auditan Persatuan Belia oleh Pn. Mona Binti Othman, Timbalan Pengarah Audit, Sektor Audit Kerajaan Persekutuan, Jabatan Audit Negara, ii) Organisasi & Integriti oleh En. Muhammad Hafidzi Bin Che’ Md Akhir, Penolong Pengarah Kanan, Sektor Sosiobudaya, Institut Integriti Malaysia, iii) Bebas.Telus.Profesional oleh Dato’ Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Pengarah, Bhg Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iv) Pemantapan Pengurusan Organisasi Belia oleh Tuan Haji Rosli bin Saad, Ketua Penolong Pendaftar, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, v) Pentadbiran & SOP Bantuan Kewangan oleh En Norazli Bin Indzam, Pengarah, Bhg. Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

Majlis penutupan bengkel yang dimulakan dengan dialog telah disempurnakan YBhg. Datuk Jamil bin Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Bengkel ini akan turut dilaksanakan oleh badan-badan gabungan MBM untuk penyertaan persatuan belia yang dibawah mereka untuk memperkasa belia di peringkat akar umbi.

 

 

 

 

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »