MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Pengurusan Kewangan ‘My Money & Me’

Program Bengkel Pengurusan Kewangan ‘My Money & Me’ anjuran Malaysian Financial Planning Council (MFPC) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Negeri Perak telah diadakan pada 27 Julai 2019 bertempat di Dewan Utama Kompleks Belia Dan Sukan Ipoh, Negeri Perak. 

Ini adalah penganjuran bagi tahun kedua yang diadakan di Negeri Perak. Kehadiran peserta melebihi sasaran yang telah ditetapkan. Seramai 235 peserta dari pelbagai latar belakang pendidikan, kaum dan umur telah menghadiri program ini, yang bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5 petang. 

Program ini dimeriahkan dengan pameran dan sesi interaktif oleh beberapa agensi seperti AKPK, KWSP, FIMM, LHDN, ASNB, SSM dan INVEST SMART. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Munir Bin Aliyasak , Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Saudara Ahmad Shah bin Mohamad Salleh, Exco Majlis Belia Malaysia turut hadir sama dan telah menyampaikan sijil dan hadiah kepada para peserta yang telah mengikuti program ini sehingga tamat.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »