MAJLIS BELIA MALAYSIA

BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN “MY MONEY & ME” BANTU BELIA URUS LITERASI KEWANGAN

PETALING JAYA 2 November – YB Tony Pua yang merupakan Ahli Parlimen Damansara dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan hadir sebagai tetamu kehormat program “My Money & Me”.

Sewaktu ucapan perasmian, beliau berpesan kepada semua anak muda agar waspada dengan helah permainan saham dan bagaimana waspada dalam pengurusan kredit. Beliau juga memberikan analogi tentang unit amanah seperti menabung, jika seorang perokok memperuntukkan RM18 seminggu untuk membeli sekotak rokok, mereka sebenarnya mampu untuk menjana tabungan peribadi sebanyak RM15,000 untuk untuk tempoh 10 tahun. Nah, bayangkan itu baru 18 ringgit yang disimpan.

Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama MFPC, AKPK dan LHDN komited dalam membantu belia Malaysia dalam mengurus literasi kewangan seawal yang mungkin.

Mencegah lebih baik daripada mengubati!

Turut hadir Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin, Penolong Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali, Exco MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »