Selangor | 28 – 29 Disember – Dalam mempersiapkan pertubuhan belia menuju transisi kepimpinan belia 2026, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Bengkel Pemurnian Perlembagaan Pertubuhan Belia bersama 95 buah Majlis Belia Daerah (MBD) di Grand Dorsett Subang.
Penganjuran bengkel ini amat penting bagi memacu pergerakan belia Malaysia kearah yang lebih baik selaras dengan reformasi oleh kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) didalam Akta 668 pindaan 2019 yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.
Majlis penutup bagi bengkel pemurnian ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Ezwandy Ismail ; Pengarah Cawangan Pembangunan Kepimpinan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang mewakili Ketua Pengarahnya.
Rangkuman berkaitan pembentukan perlembagaan dan penyampaian surat lantikan pelatih bagi Transisi Kepimpinan Belia 2025 telah disampaikan oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid ; Presiden MBM.
MBM melalui bengkel tersebut telah memperkenalkan beberapa inisiatif reformasi baharu seperti pengisian slot Empowering Youth Malaysia (EYM) , tatakelola audit pertubuhan, Transisi Kepimpinan Belia 2025 dan pembentukan perlembagaan.
Hadir menyampaikan taklimat bengkel dan Transisi Kepimpinan Belia 2025 Sdr. Hasnul Haniff Harun ; Setiausaha Agung MBM.
Slot pembentukan perlembagaan telah dikendalikan oleh Sdr. Farhan Rosli; Exco merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Perundangan dan Hal Ehwal Parlimen MBM.
Perkongsian berkaitan audit pertubuhan disampaikan oleh Syarikat Above Ace Accounting Sdn Bhd , manakala slot EYM dikongsikan oleh Sdr. Hasnul Fairuz dan Reskills Malaysia.
Hasil dapatan daripada pembentukan perlembagaan ini akan dimurnikan dan diangkat didalam Dewan Tertinggi MBM yang akan berlangsung pada Januari 2025 nanti.