KUALA LUMPUR 27 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Bengkel Pembentangan Kertas Cadangan Permohonan Dana Antarabangsa secara dalam talian.
YB Senator Yusmadi Yusoff selaku pembimbing utama telah mendengar pembentangan dan memberikan komentar. Sebanyak tiga kertas cadangan telah diajukan iaitu program latihan mengenai kesihatan mental, modul latihan kepimpinan belia Malaysia dan penubuhan Institut Penyelidikan dan Pelaksanaan Belia Malaysia.
Bengkel ini dipengerusikan oleh Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM. Di akhir sesi, YB Senator Yusmadi telah memberikan gambaran langkah seterusnya untuk mengangkat permohonan. Beliau merupakan individu yang memiliki pengalaman luas dalam bidang ini.