Kuala Terengganu |20 Mac – Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah telah menghadiri Bengkel Pemantapan Pelaksanaan dan Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2021 bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail.
Program ini bertujuan mendapatkan input bagi penambahbaikan perjalanan anugerah dari proses pemilihan dan pelaksanaan.
Program turut disertai Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan Encik Mohd Izwandy Ismail, Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu, Sdr. Amirullah Othman.