KUALA LUMPUR 24 Nov – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid telah menghadiri Majlis Perasmian Bengkel Pemantapan Hari Belia Negara (HBN) anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bertempat di Hotel Residensi UTM.
Majlis ini disempurnakan oleh YBrs Tuan Mohd Azahari Mohammad, Ketua Pengarah JBSN.
Bengkel yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk membincangkan penambahbaikan dan gerak kerja ke arah sambutan Hari Belia Negara 2023.
Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaludin Penolong Ketua Penerangan MBM diberikan tanggungjawab untuk membentangkan hasil dapatan bengkel ini kepada Ketua Pengarah JBSN.
Antara input yang telah dibincangkan sepanjang bengkel merangkumi cadangan pelaksanaan, mengesan dan membincangkan penyelesaian bagi isu, masalah dan halangan, penilaian pelaksanaan HBN 2022 dan mengenalpasti rakan strategik
Turut sama menyertai bengkel ini Sdr. Amir Syarifuddin Abd Majid dan Sdr. Mohd Ismail Mahyuddin, Exco MBM serta pegawai-pegawai JBSN dari seluruh negara.