KUALA LUMPUR 24 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan beberapa badan gabungan telah diundang menghadiri Bengkel Naik taraf dan Pemurniaan Sistem e-ROYV2 Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia yang berlangsung dari 23-25 November di Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara.
Bengkel ini melibatkan penyertaan pegawai-pegawai ROY termasuk Pejabat ROY di zon. Tujuan bengkel adalah untuk mengenalpasti isu-isu sistem eROYv2 dan merancang gerak kerja ke arah menaik taraf sistem tersebut melalui kertas kerja yang akan disediakan berdasarkan hasil bengkel ini.
MBM dan ahli gabungan diberi taklimat dan berdialog bagi berkongsi pandangan dan input dalam usaha menaiktaraf sistem e-roy.
MBM diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

