Cheras | 13 – 14 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Bengkel Modul Baharu Pembangunan Belia bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Bengkel yang diadakan selama dua hari ini dihadiri oleh Jawatankuasa Modul Pembangunan Belia. Modul perbincangan dikendalikan oleh Sdr. Syafiq Ridzwan. Hadir mendengar pembincangan tersebut Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM dan Sdr. Hasnul Haniff, Setiausaha Agung MBM. Jawatankuasa tersebut diketuai oleh Sdr. Izzat Afifi, Naib Presiden MBM dan hadir sama Datuk Syed Osman, Exco MBM.
Fokus utama Bengkel ini adalah menubuhkan sebuah model baharu untuk pembangunan belia di Malaysia. Ianya termasuklah strategi dan pelan tindakan semua rakan kongsi pembangunan belia dalam menyokong belia dalam aspek ekonomi, sosial, teknologi, pendidikan dan kepimpinan belia masa hadapan. Selain itu, beberapa polisi turut dibincangkan bagi menambah baik semua akta dan dasar dalam pembangunan belia negara.