SHAH ALAM 22 September – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Syed Osman Mohamed merangkap Pengerusi Biro Perindustrian dan Keusahawanan menyertai Bengkel Memperkasa Ekonomi Bumiputera di Intekma Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Bengkel ini membincangkan banyak idea-idea yang menambah baik model sedia ada bagi memperkasakan ekonomi bumiputera.
Hadir sama dalam perbincangan ini YB Dato Sri Mustapha Mohamed, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.