SHAH ALAM,16-17 NOVEMBER – Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama COMNET UNISEL, Team Selangor dan IDRIS Association Telah menganjurkan program tersebut di Universiti Selangor (UNISEL) yang dihadiri oleh para pelajar seramai 50 orang. Turut hadir mengisi slot “Mengenali Komuniti” adalah Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha MBM.
Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan mengenai asas dalam melakukan pemetaan komuniti dan diikuti dengan latihan praktikal di lapangan serta pembentangan mengikut kumpulan. Peserta juga di minta merangka program-program yang mampu digerakkan untuk membangunkan komuniti setempat berdasarkan pemetaan komuniti yang di laksanakan.
Dalam program tersebut juga , antara aspek yang ditekankan adalah mengenai kesedaran sosial dan idealisme kepada peserta dalam melibatkan diri untuk gerakkerja kemasyarakatan.