MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Insentif Program Pemacu Negara Bootcamp

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Kumpulan pertama seramai 70 orang belia daripada pelbagai segmen dan kumpulan telah mengikuti program Pemacu Negara Bootcamp anjuran Institut MASA atau Institut Masa Depan Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) di Hotel Premiera.

Program ini dirangka khusus buat 100 kepada pemimpin muda terpilih seluruh Malaysia untuk mereka difahamkan mengenai agenda kemakmuran bersama sebagai dasar utama negara 10 tahun akan datang (2021-2030).

Respon daripada para peserta rata-ratanya merasakan program dua hari berkenaan sangat informatif, berfakta dan berkualiti tinggi untuk anak muda yang merupakan agen perubahan rakyat dan negara.

Dalam program ini juga diadakan majlis pertukaran perjanjian persefahaman antara MBM yang diwakili oleh Sdr Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Encik Nizam Mahshar, Ketua Pegawai Eksekutif Insitut Masa Depan Malaysia. Pihak MBM menyambut baik dan berbesar hati atas kepercayaan pihak Institut MASA kepada kami sebagai rakan kerjasama bagi menjayakan program ini. Siri akan datang, dijalankan pada tarikh dan waktu yang dimaklumkan kemudian.

Selari dengan agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (Shared Prosperity 2030), inisiatif program ini diharapkan dapat melahirkan advocator serta duta-duta kecil WKB2030 yang dapat mendukung pertumbuhan dasar ini dengan berjaya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »