MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel ASEAN Year of Skills

KUALA LUMPUR 27 November – Bengkel ASEAN Year of Skills anjuran HRD Corp Malaysia telah berjaya melabuhkan tirainya semalam. Bengkel ini menjadi platform strategik untuk membincangkan isu-isu kritikal berkaitan pembangunan kemahiran dan modal insan serantau ASEAN.

Dalam usaha untuk mengukuhkan agenda pembangunan bakat ASEAN, lima objektif utama telah berjaya digariskan bagi tahun 2025 :

1. Menutup jurang kemahiran (bridge skills gap).

2. Memupuk mobiliti bakat di rantau ASEAN (promote talent mobility).

3. Memastikan pertumbuhan yang inklusif (ensure inclusive growth).

4. Mempertingkatkan kolaborasi serantau (strengthen regional collaboration).

5. Memperkasa kerjasama awam-swasta (enhance public-private partnerships).

Melalui bengkel ini juga, beberapa cabaran utama telah diangkat untuk dibincangkan di peringkat ASEAN, khususnya merentas 12 platform utama seperti :

1. Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang masih kurang diberi perhatian.

2. Cabaran teknologi baharu dan gangguan digital (emerging tech & digital disruption).

3. Ketiadaan skala gaji seragam di seluruh rantau.

4. Kekurangan rangka kerja jelas untuk mobiliti bakat.

5. Kekangan kewangan yang membantutkan pembangunan modal insan.

6. Ketidaksamaan antara kemahiran dengan keperluan industri (mismatch skills).

Majlis Belia Malaysia yang diwakili Sdri. Hasinah (Koordinator ASEAN-MBM) dalam masa yang sama telah diberikan ruang untuk membentangkan perancangan program ASEAN di bawah MBM.

DW Shahul mewakili HRD Corp telah menyatakan minat untuk bekerjasama dalam inisiatif yang bakal dilaksanakan dan perbincangan susulan bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

Langkah ini adalah bukti komitmen MBM dalam mendukung pembangunan modal insan yang berdaya saing di rantau ASEAN. MBM percaya usaha kolaborasi yang kukuh akan membawa manfaat besar kepada generasi muda di Malaysia dan ASEAN secara keseluruhannya.

Terima Kasih HRD Corp atas penganjuran program yang bermanfaat serta ruang dan peluang yang diberikan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »