KUALA LUMPUR 22 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Perundangan, Advokasi dan Hak Asasi telah menganjurkan Bengkel Advokasi 2020 bertempat di Ibu Pejabat Gerakan Belia 4B Malaysia.
Bengkel ini
bertujuan melatih dan meningkatkan kemahiran belia dalam bidang advokasi secara
ilmiah dan profesional dengan memahami isu-isu serta menjadi pendesak melalui
saluran demokrasi.
Penceramah undangan terdiri daripada Dr. Khoo Hooi Ying, Timbalan Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, (Advokasi) Shuhaimi Mohamed, pengacara (Cermin Diri) dan Budiman Mohd Zohdi, Pengasas Sebar Pelita, bekas Ahli Parlimen Sungai Besar (Propaganda).
Hadir sama Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha, Exco MBM Sdr. Mohd Fared Mohd Khalid, Sdr. Nazri Abdul Latiff, Sdri. Jessy Ng Chor Eng, Sdr. Syed Osman Mohamed, Felo Penyelidikan MBM Sdr. Thai Ming Yeow dan Sdr. Hanapi Jamaluddin.