MAJLIS BELIA MALAYSIA

Belia perlu biasakan ucap ‘terima kasih’ kepada anggota barisan hadapan negara

PUTRAJAYA 1 Sep – Sempena hari kebangsaan, Pejabat Setiausaha Politik YAB Menteri Kewangan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan sesi Tayangan Filem Takluk : Lahad Datu di GSC IOI City Mall di sini.

Program ini dihadiri Encik Kamil Munim; Setiausaha Politik YAB Menteri Kewangan; YDH Datuk Seri Hazani Ghazali, Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia; Naib Presiden MBM, Datuk Syed Osman Mohamed; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; pemimpin persatuan belia; mahasiswa; barisan pelakon dan orang awam.

Filem yang diadaptasi dari kisah benar ini sarat dengan aksi yang mengajar erti pengorbanan anggota pasukan beruniform dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan tanah air.

Terdahulu Encik Kamil dalam ucapannya mengingatkan masyarakat khususnya belia-belia hari ini supaya membiasakan ucapan ‘terima kasih’ kepada seluruh anggota barisan hadapan negara atas perkhidmatan dan pengorbanan mereka.

MBM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Setiausaha Politik YAB Menteri Kewangan atas ruang kerjasama ini.

Kepada semua anggota barisan hadapan, “Terima kasih atas pengorbanan dan jasa bakti anda!”

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »