MAJLIS BELIA MALAYSIA

Belia Pahang Hangatkan Pra Sambutan Hari Belia Negara 2026 di Kuantan 188

KUANTAN 22 April – Semangat anak muda terus diperkukuh menerusi penganjuran Program Jelajah Menggerak Belia sempena pra sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 yang berlangsung meriah di Menara Kuantan 188, Pahang hari ini.

Program ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, yang menjadikan Pahang sebagai negeri ke-8 persinggahan. Kira-kira 100 orang belia tempatan telah hadir memeriahkan program ini, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi generasi muda terhadap aktiviti pembangunan diri dan komuniti.

Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang program, antaranya pengalaman Skywalk, lawatan sekitar Menara Kuantan 188, serta cabaran kecergasan menerusi program Fit Belia Pahang yang menguji ketahanan fizikal peserta melalui aktiviti mendaki menara menggunakan tangga.

Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama erat daripada Majlis Belia Negeri Pahang, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang serta pihak pengurusan Menara Kuantan 188 yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran acara.

Inisiatif ini dilihat sebagai platform penting dalam memberi pendedahan awal kepada golongan belia mengenai sambutan Hari Belia Negara yang diraikan pada 15 Mei setiap tahun. Sambutan ini merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan dan sumbangan signifikan belia dalam pembangunan negara.

Program Jelajah Menggerak Belia dijangka terus menjadi pemangkin dalam menyemarakkan semangat patriotisme, kesukarelawanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan belia menjelang kemuncak sambutan Hari Belia Negara 2026.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »