BUKIT KATIL 23 April – Jelajah Menggerak Belia Hari Belia Negara 2026 terus menyemarakkan semangat anak muda apabila singgah di Bukit Katil, Melaka sebagai checkpoint ke‑11.
Program ini menghimpunkan komuniti belia setempat dengan pelbagai aktiviti santai dan penuh kebersamaan antaranya Barbecue Santai Belia Melaka, persembahan busker serta penyerahan gimik Kotak HBN 2026.
Serahan gimik perasmian kotak Hari Belia Negara 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Khaidhirah Abu Zahar, Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka. Turut hadir memberikan sokongan ialah Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Kehadiran mereka menyerlahkan komitmen padu terhadap usaha memperkasa belia sebagai aset negara.
Jelajah ini bukan sekadar perhentian, tetapi simbol gerakan belia yang terus hidup dan berkembang.
Dari utara hingga ke selatan, semangat belia dibawa bersama dan destinasi seterusnya bakal menyapa komuniti belia di Negeri Johor.
Negeri Johor akan menjadi checkpoint terakhir Jelajah Menggerak Belia Hari Belia Negara 2026 di Semenanjung, menutup siri jelajah penuh inspirasi ini dengan semangat kebersamaan yang membara.






