MAJLIS BELIA MALAYSIA

Belia Malaysia turut serta dalam perarakan keamanan dunia WYF2024

SOCHI, 4 Mac – Jalur Gemilang dan lagu kebangsaan berkibar-bergema di bumi Sochi apabila Kontinjen Malaysia turut serta dalam acara perarakan keamanan peserta-peserta World Youth Festival 2024 di sini.

Perarakan dari 188 negara ini sebahagian daripada acara WYF2024 yang membawa tema ‘keamanan’ dunia sejagat.

Platform ini juga digunakan kontinjen Malaysia untuk menyatakan sokongan kepada Palestin melalui kempen ‘Free Palestine’ bersama rakan-rakan belia antarabangsa.

Kontinjen Malaysia yang lengkap berbusana kebangsaan dan pakaian tradisional masyarakat berbilang kaum juga sebelum itu membuat persembahan di pentas utama festival ini yang disaksikan lebih 10,000 hadirin.

Tahniah kepada semua peserta yang segak dan anggun berbaju kebangsaan dalam kedinginan Sochi!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »