MAJLIS BELIA MALAYSIA

Belia Malaysia Bersatu Menentang Kezaliman Zionis

Kuala Lumpur-2 OKtober 2015 –  “Hidup Palestine, Jahanam zionis, Jahanam Israel” dilaungkan dihadapan Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak,Kuala Lumpur. Seramai 1000 orang anak muda berhimpun sejak selepas solat Jumaat tadi bagi menunjukkan sokongan terhadap Palestine.

Mereka mewakili lebih dari 40 NGO yang hadir seperti Majlis Belia Malaysia (MBM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), IKRAM, PERKASA, Sekretariat Ulama Asia Tenggara, Haluan, MAPIM juga pemimpin daripada parti politik seperti UMNO, AMANAH dan PKR bagi menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika bagi menyatakan bantahan terhadap puak Zionis dan rejim Israel yang mahu merampas Masjid Al-Aqsa di Palestine.

Umat Islam di Palestine ditindas di tanah air sendiri berpuluh tahun sehingga menyebabkan kanak-kanak terbunuh,warga emas dan anak muda hilang keluarga mereka.

Dua orang wakil NGO dari MAPIM dan ABIM mewakili empat puluh NGO menyerahkan memorandum tersebut, sementara beberapa pemimpin NGO yang lain dalam ceramah menyeru agar semua umat Islam bersatu, membantu dan menyokong agar Palestine dibebaskan dari genggaman rejim Zionis.

” Setelah bertahun-tahun Israel dan Zionis melakukan tipu daya terhadap Palestine kini mereka ingin merampas pula masjid yang menjadi kebanggaan seluruh umat Islam di Palestine dan seluruh dunia iaitu Masjid Al-Aqsa. Puak Zionis dan Israel memang licik dalam merancang pelbagai tipu daya untuk mengkucar-kacirkan umat Islam.”

“Sebagai umat Islam dan bersaudara, kita diseru supaya berjuang bersama demi Palestine. Puak rejim Zionis dan Israel telah menimbulkan kemarahan umat Islam dunia dengan penindasan yang dilakukan terhadap Palestine. Kita juga harus menolak kezaliman yang dilakukan Yahudi laknatullah. Kita harus sentiasa ikhlas dan Insya Allah kemenangan akan sentiasa berpihak kepada kita,” Ucap saudara Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agung MBM yang mewakili Majlis Belia Malaysia (MBM) semasa himpunan tadi.

Sementara itu, saudara Zamri Mat Isa, Setiausaha Agung GPMS yang mewakili Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) turut menekankan bahawa mesej yang disampaikan hari ini kepada pihak Amerika supaya mereka tahu kita akan terus memperjuangkan keadilan untuk rakyat Palestine dan jangan mengambil kesempatan atas kelemahan mereka.

“Zionis Israel biadap bukan sekadar mengganggu tetapi hendak mengambil Masjid Al-Aqsa. Kita harus hancurkan Zionis, buktikan rakyat Malaysia sayangkan Palestine,”ujar beliau lagi dalam ucapan ringkasnya.

Selain itu, antara yang berucap pada himpunan tersebut ialah Alagesh, Pemangku Presiden Malaysian Indian Youth Council (MIYC), Fazril Mohd Saleh, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Khairul Azwan, Timbalan Ketua Pemuda UMNO, dan YB Nik Nazmi Ketua Angkatan muda Keadilan (AMK).

Sementara itu, kehadiran sekumpulan anak muda berbaju hijau mencuri perhatian ketika laungan “Selamatkan Al-Aqsa” bergema di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat di mana mereka tampil untuk mengedarkan makanan dan minuman secara percuma kepada orang ramai yang hadir memberi sokongan kepada Himpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa petang tadi.

Mereka ialah Sukarelawan Malaysian Youth Volunteer Community (MyVOC) yang hadir dengan cara tersendiri menyatakan sokongan kepada himpunan aman itu. Mereka turut mengutip sampah-sarap dan membersihkan kawasan sekitar selepas orang ramai bersurai.

Sukarelawan ini diketuai oleh Saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia dengan dibantu oleh Saudara Hasnul Hanif Harun, Exco MBM.

“Kehadiran Sukarelawan MyVOC bukan sahaja menyatakan sokongan penuh kepada himpunan ini tetapi kami turut mengedarkan sebanyak 1000 botol minuman percuma. Pada masa yang sama, pasukan sukarelawan memasak kami dari Instech College turut menyediakan 500 bungkusan roti sosej untuk di agihkan kepada orang ramai yang hadir”, kata beliau.

Katanya lagi, Sukarelawan MyVOC turut menunjukkan sikap belia Malaysia terpuji apabila mengutip sampah sarap dan membersihkan kawasan sekitar

“Adakalanya kita perlu menjadikan diri kita contoh untuk memberi inspirasi kepada orang lain tentang betapa pentingnya memiliki nilai-nilai murni,” ujar beliau.

Perhimpunan aman menyokong Palestine berakhir pada jam 3.25 petang dan sebelum bersurai, doa diutuskan agar Allah memihak kepada perjuangan umat Islam bagi membantu saudara kita di Palestine. Hari ini rakyat Malaysia membawa suara dan mesej kepada Israel dan Zionis agar mereka tidak menghancurkan umat Islam dan rakyat Malaysia akan terus bersatu berjuang demi Palestine.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »