Putrajaya, 19 Disember 2011 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah berjaya mengadakan program Kesukarelaan Belia Antarabangsa – Misi Bantuan Bencana Pasca Banjir Thailand 2011 (International Youth Volunteerism Programme – Thailand After Flood Disaster Relief 2011) yang bermula pada 14 hingga 19 Disember 2011. Program ini mendapat kerjasama penuh dari kerajaan Thailand melalui Office of Welfare Promotion, Protection and Empowerment of Vulnerable Groups, Thailand (OPP).
Program yang telah dilaksanakan secara konvoi berkenderaan 4×4 ke kawasan dilanda banjir di sekitar Bandaraya Bangkok ini berlangsung selama 6 hari 5 malam dan disertai oleh 30 orang sukarelawan belia dari seluruh negara bersama 30 orang pemilik kenderaan 4×4 dari kelab Lipan Bara, Redah dan Cukai Adventure Team (CAT).
Konvoi ini yang telah dilancarkan oleh YB. Senator Tuan Gan Ping Shou @ Gan Ping Sieu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia di perkarangan Menara KBS pada 14 Disember 2011 telah melalui jalan darat sejauh 3000km dari Putrajaya – Bangkok – Putrajaya juga turut membawa satu kontena peralatan mencuci, ubat ubatan, makanan serta minuman yang diagihkan di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti oleh OPP.
Konvoi ini diketuai sendiri oleh En. Zurihanmi bin Zakariya, Timbalan Pengarah, Cawangan Perhubungan Strategik, Bahagian Pembangunan Belia dan En. Mohd Zaidi Aziz Setiausaha Agung, Majlis Belia Malaysia.
Untuk gambar program, sila klik di sini