Golongan belia memainkan peranan penting dalam memilih pemimpin negara.
Ini selaras pelaksanaan pindaan Perlembagaan Persekutuan dengan penurunan had umur mengundi.
Justeru Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melihat Majlis Perundingan Belia Negara platform terbaik untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan.
Ini termasuk menangani transisi peralihan kepimpinan, teknologi pendigitalan, peluang pekerjaan dan kemampuan belia sebagai pemimpin.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang 1, Penggal ke – 33 Sesi 2021 – 2022 di Bangi.
MPBN kali ini melibatkan seramai 142 ahli majlis dari seluruh negara.
Sebanyak 117 usul dibahaskan sepanjang tahun 2021 yang dikategorikan kepada tiga kluster utama iaitu Ekonomi, Sosial dan Kepimpinan.
Artikel penuh :
http://www.onenews.my/belia-mainkan-peranan-penting-dalam-memilih-pemimpin-negara/?fbclid=IwAR2s0oVAZNv68P9j1Kav5chEb6gQIF8s_2r6P6WgYKcsoVFMJg8cjIJlMnI