MAJLIS BELIA MALAYSIA

Belia Madani 30 – Pasukan Pelatih MBM telah bersedia!

KUALA LUMPUR 23 Feb – Seramai 34 orang pemimpin belia berusia semuda 20 tahun daripada badan gabungan MBM ditauliah menjadi pelatih (trainer) dalam program khas Training of Trainers : Tunas Madani 30 untuk melahirkan pemimpin belia masa hadapan bagi menghadapi transisi kepimpinan.

Program anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia berlangsung dari 21-23 Februari 2025 di Silka Cheras.

Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid hadir merasmikan penutup program meletakkan harapan tinggi kepada pasukan yang dilatih oleh master trainer ini sebagai pemangkin kepimpinan belia di peringkat negeri, daerah dan kebangsaan.

Semoga Tunas Madani 30 benar-benar dirasai belia di bawah, komuniti setempat mahupun kerajaan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »