TANJONG MALIM 25 Julai – “Seorang pemimpin lestari harus teguh berprinsip dan amanah, berpandangan jauh dalam memperkasa dan membangunkan generasi dan watan. Cekal serta berwatak seimbang dan stabil”.
Penolong Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin berucap di hadapan pelajar-pelajar dalam Program Belia Lestari “Belia Pemangkin Malaysia Madani” di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.
Program ini dianjurkan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Hadir sama Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Amin Taff.
Terima kasih atas undangan, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.