30 Dis 2014, Johor Bahru – Menyedari akan pentingnya pemahaman mengenai Komuniti ASEAN dan sebagai sokongan kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2015, MBM melalui Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) dengan kerjasama MBN Johor (MBNJ) telah menganjurkan Forum Belia: Celik Komuniti ASEAN Peringkat Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Swasta bertempat di Dewan Tanjung Puteri, Hotel Suria City, Johor Bahru.
Panel yang dijemput kali ini terdiri daripada Ybhg Dr Mohamad b Sulaiman dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan Sdr Jufitri Joha, Ahli Dewan Tertinggi MBM. Peserta telah didedahkan dengan peluang-peluang yang luas untuk belia berkemahiran dalam pasaran kerja di rantau ASEAN kesan pembentukan komuniti ASEAN ini. Justeru, golongan belia digesa untuk menceburi bidang kemahiran dan memiliki sijil kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran belia di peringkat rantau.
Turut diadakan ialah Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) 1B1K dengan Suria College dan Kolej Ibn Hayyan untuk KOMPETEN; Belia Johor Terampil, progam baru di bawah 1B1K dan MBN Johor. KOMPETEN akan digerak bermula 2015-2016 dengan sasaran 8,000 penyertaan.
Pelancaran Program Pengiktirafan Kemahiran dan Kerjaya (PPKK) Belia Johor yang telah disempurnakan oleh Sdr Manndzri Hj Nasib, Presiden MBN Johor (MBNJ) merangkap Naib Presiden MBM.
Program berakhir jam 1.00 petang.
http://www.tvselatan.com.my/tv/index.php/player/4/324