Langkah mewujudkan skuad itu bertujuan mendedahkan ahli gerakan tersebut terhadap kerja-kerja sukarelawan yang secara langsung dapat membentuk keperibadian golongan tersebut.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris ketika membuat gesaan tersebut berkata, Skuad Bantuan Banjir itu dapat mengangkat martabat pergerakan Belia 4B di mata masyarakat sebagai pertubuhan yang sentiasa membantu penduduk dalam situasai kecemasan.

Beliau berkata, kewujudan skuad itu amat sesuai memandang­kan daerah Jerantut sering dilanda banjir terutama pada musim ­tengkujuh.