MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bedah Buku TN50

Kuala Lumpur 20 April – Sesi Bedah Buku yang berlangsung pada 19 April 2017 pukul 3.00 petang di Hotel Ibis, Metro Pudu, Kuala Lumpur. Barisan ahli panel yang hadir mengupas pengisian buku bertajuk “2050 Being Human In The Future“ tulisan oleh Jay Wheeler dan “The World In 2050“ (Four Forces Shaping Civilization’s Northern Future) tulisan Laurence C. Smith ini ialah YBhg Datuk Dr. Mohd Ghazali Md Nor, Senior Advisor Tindakan Strategi, Sdr. Akmal Mohd Noor, Future Studies Reader/Media dan Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden MBM. Pengisian buku ini diketengahkan oleh penulis yang sinonim dan relevan dengan agenda TN50 yang diutarakan pemimpin negara.

Pada 2050, telah dihebahkan dengan pelbagai perkara dan jangkaan di luar minda kita. Buku ini menceritakan dari sejarah garis masa manusia mengenai perkembangan pesat teknologi, sains, inovasi dan ketunggalan yang semakin hampir. Seperti yang dikupas oleh YBhg Datuk Dr. Mohd Ghazali Md Nor, Senior Advisor,  mengenai globalisasi akan wujudnya ekonomi liberal yang baru dan sistem perdagangan dunia juga bakal berubah.  Disentuh pula dengan teknologi yang berkembang pesat, alat berteknologi tinggi yang dapat membantu manusia mencari 1 juta maklumat dalam sekelip mata. Selain itu juga, tenaga kerja juga bakal mengubah dunia, dimana segala pekerjaan dilakukan oleh human robot. Beliau menyoal, jika tenaga kerja semua dilakukan oleh manusia yang berteknologi tinggi, apakah peranan manusia di masa hadapan? Oleh itu, keseimbangan diperlukan demi mengekalkan takrifan lokal itu sendiri. Bagi meringkaskan pengisian, Sdr. Akmal Mohd Noor, Future Studies Reader/Media merungkaikan mengenai transformasi yang bakal mengubah ekonomi. Bagi Sdr. Akmal, Ekonomi adalah mikroekonomi yang bermaksud sesuatu perkara boleh diterapkan secara individu dan ianya bergantung kepada perspektif tersendiri, bagaimana kita inginkan perubahan itu berlaku.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada perancangan TN50 InspirasiKu MBM melalui kupasan buku ilmiah sebagai panduan dan hala tuju merencana pembangunan negara untuk tempoh 30 tahun akan datang melalui skop yang lebih luas.

Majlis ini dirasmikan oleh Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal. Turut dihadiri barisan MBM,  Timbalan Presiden MBM Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Naib Presiden MBM Pn. Asfalinda Anuar, Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Penolong Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Fairuz, Penolong Bendahari Kehormat MBM Sdr. Ahmad Daniar Ismail,  Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan dan barisan exco MBM.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »