MAJLIS BELIA MALAYSIA

BANTAHAN TERHADAP TINDAKAN PENUNJUK PERASAAN DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI JAKARTA, INDONESIA

 

presiden

Majlis Belia Malaysia (MBM) melahirkan rasa kesal dan dukacita terhadap insiden yang berlaku di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia. Kejadian ini amat mendukacitakan lebih-lebih lagi Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-53 pada 31 Ogos ini.

MBM mengambil berat dan memandang serius tindakan biadap yang terturutan oleh kumpulan penunjuk perasaan terbabit seperti membakar, memijak Jalur Gemilang dan melontar najis di Kedutaan Besar Malaysia yang dikhuatiri akan mengundang keadaaan lebih buruk lagi jika tidak ditangani segera.

Sebagai badan induk pergerakan belia di Malaysia, MBM berasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menyatakan bantahan dan rasa tidak puas hati terhadap tindakan yang keterlaluan itu.

Sehubungan itu, MBM meminta pemerintah Indonesia mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu dan kumpulan yang cuba merosakkan hubungan baik kerajaan dan rakyat kedua-dua negara. Lebih dari itu, MBM meminta pemerintah Indonesia memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana.

MBM berharap satu langkah proaktif dapat ditunjukkan oleh pemerintah Indonesia bagi memastikan kejadian tidak sihat dan tidak baik kepada kedua-dua negara ini tidak berulang. MBM beranggapan, sebarang masalah atau perselisihan pendapat mengenai sesuatu isu sepatutnya diselesaikan melalui meja rundingan.

MBM juga percaya, ini adalah perbuatan segelintir daripada mereka yang cuba mengeruhkan hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan Indonesia.

Akhirnya, MBM sekali lagi melahirkan kekesalan ekoran insiden ini dan berharap pemerintah Indonesia menggunakan kebijaksanaan dalam menangani masalah ini demi menjamin kesejahteraan negara dan rakyat kedua-dua negara.

Sekian, terima kasih.

MENGGERAK BELIA MALAYSIA

1 BELIA : 1 MALAYSIA

Yang benar,

MOHAMED MALIKI MOHAMED RAPIEE

Presiden

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »