MAJLIS BELIA MALAYSIA

BANTAHAN ABIM DAN MALAYSIANS 4 UYGHUR “BEBAS UIGHUR”

KUALA LUMPUR 5 Julai – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Gabungan Malaysians for Uyghurs (M4U) hari ini mengadakan bantahan di luar Kedutaan Republik Rakyat China bagi menggesa kerajaan China membebaskan semua tahanan Uighur yang ditahan di kem tahanan (concentration camp) di Xinjiang.

Bantahan itu diadakan sempena tahun ke-10 pembunuhan beramai-ramai di Urumqi di wilayah Xianjiang pada 5 Julai 2009. Dengan memegang kain rentang dan sepanduk, mereka melaungkan “Bebas Uighur” dan “Peduli Uighur”.

Presiden ABIM, Sdr. Muhammad Raimi Ab Rahim dan beberapa orang wakil M4U mengetuai bantahan tersebut. Turut hadir Exco MBM Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim.

Bagaimanapun, tidak ada wakil dari kedutaan berkenaan keluar untuk menerima memorandum yang disokong oleh 33 badan masyarakat madani (CSO) Islam itu.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »