SERDANG |2 Mac – Saudara Jufitri Joha Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) memenuhi undangan menjadi Tetamu Utama (Chief Guest) menyampaikan perkongsian tentang “Sustainable Youth Development: A Malaysia Perspective” anjuran BSUM.
Program dihadiri 100 pemimpin pelajar dan belia Bangladesh yang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan Malaysia. Pelajar asing dari negara lain turut hadir.
Saudara Jufitri Joha sempat mengadakan perbincangan bagi memperkukuhkan hubungan MBM dengan persatuan pelajar luar negara di universiti tempatan bagi membina jaringan kepintaran pada masa hadapan.
Mereka ini mungkin menjadi sebahagian pemimpin penting masa hadapan apabila pulang kelak ke negara masing-masing. Justeru pembinaan jaringan dan kerjasama ini penting dan signifikan untuk MBM dan pemimpim belia.