MAJLIS BELIA MALAYSIA

BAJET 2020: PERKASA SEKTOR PERTANIAN SAWIT NEGARA

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong usaha kerajaan dalam meletakkan pertanian di samping ekonomi hijau, kajian dan pembangunan, serta pelancongan sebagai fokus utama dalam kepelbagaian ekonomi.

Pertanian sememangnya sektor yang berpotensi tinggi untuk mengukuhkan ekonomi negara dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi. Kempen anti minyak sawit oleh Kesatuan Eropah serta harga komoditi yang sangat rendah merisaukan lebih 650 ribu pekebun kecil terutamanya warga FELDA.

Status Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia selepas Indonesia menjadi kayu ukur kepada penyumbangan minyak sawit kepada ekonomi negara.

Inisiatif kerajaan dalam melancarkan dana pinjaman penanaman semula kelapa sawit sebanyak RM550 juta bagi pekebun kecil serta peruntukkan RM27 juta untuk menyokong usaha Lembaga Minyak Sawit (MPOB) dalam meluaskan pasaran minyak sawit di peringkat global sekali gus menangkis ancaman kempen anti minyak sawit merupakan langkah yang sangat ideal.

Diharapkan, usaha ini akan membantu untuk melonjak dan mengembangkan pasaran minyak sawit serta mampu menangani kekangan dalam harga komoditi sawit.

MUHAMAD IQMAL MAHADI

TIMBALAN PENGERUSI BIRO PERTANIAN DAN

INDUSTRI ASAS TANI

MERANGKAP; EXCO MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh :  18 Oktober 2019

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »