BANDA HILIR 25 Mei – Tahniah kepada kumpulan AZ Slumber yang menjadi juara Pertandingan e-games PUBGM Piala Presiden MBM Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dataran Pahlawan Mall di sini.
Mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 setelah mengumpul mata tertinggi mengatasi pencabar lain;
Tempat ke-2 (RM1,500) Elementus
Tempat ke-3 (RM1,000) MRE MX
Tempat ke-4 (RM500) Off White
Kejohanan ini diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2024 dan diuruskendalikan di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM).
Hadiah disampaikan oleh Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.
Esok pula akan berlangsung saingan bagi Mobile Lagends.
Hadir sama Exco MBM, Sdr. Ahmad Farhan Rosli; Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Sdr. Muhamad Aliemran dan Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia, Sdr. Mohamad Nazri Latiff.























