DALAM TALIAN 8 Dis – Sempena Penganjuran Aspirasi Keluarga Malaysia, Utusan TV telah mengadakan satu sesi bual bicara dalam talian (Zooming) yang disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook UtusanTV.
Program ini membawakan 3 orang panelis dari Majlis Belia Malaysia yang membicarakan topik “Aspirasi Keluarga Malaysia : Dari Pemikir Belia”.
3 panelis tersebut ialah Sdri. Kavita Maheendran, Penolong Setiausaha Agung MBM; Puan Nurliana Muhammad Timbalan Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan merangkap Exco MBM dan Exco MBM, Sdri. Ng Chor Eng.
Program ini dihoskan oleh Penerbit Utusan TV, Haji Ainol Amriz.