MAJLIS BELIA MALAYSIA

ASEAN Youth Forum

PUTRAJAYA 24 Nov – ASEAN Youth Forum telah diadakan secara dalam talian dipengerusikan oleh Ministry of Home Affairs (MOHA) Vietnam pada pukul 9.00 pagi waktu tempatan.

Youth Forum ini telah dihadiri dengan wakil setiap negara dibawah kesatuan ASEAN. Malaysia diwakli oleh KBSMalaysia, ILEAD, IYCMalaysia dan Majlis Belia Malaysia (MBM). MBM diwakili saudari Fitriyati Bakri, AJK Biro Antarabangsa MBM yang juga merupakan Pemangku Presiden Alumni MyCorps.

Fokus forum ini adalah untuk mengumpulkan belia dari negara anggota ASEAN untuk memahami dasar belia negara setiap negara.

Kontinjen Malaysia diketuai oleh Dr. Zainah bin Shariff, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia Dan Sukan Negara.

Beliau membentangkan 9 sektor utama yang merangkumi pendidikan dan latihan kemahiran, kenegaraan, kepimpinan, kesukarelawan, keusahawanan, penyelidikan dan inovasi, kerja belia dan penghargaan kepada belia yang berasas Dasar Belia Malaysia (DBM).

DBM merangkumi belia secara holistik bermula dari sekolah rendah sehingga ke golongan minoriti. Pelbagai input dan perkongsian yang dibentang oleh peserta termasuk wakil MBM berkaitan dengan ekonomi lejang atau “gig economy” yang menjadi topik hangat antara negara anggota. KBS dalam usaha membangunkan modul berkaitan penglibatan belia dalam ekonomi tersebut.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »