MAJLIS BELIA MALAYSIA

ASEAN YOUNG ENTREPRENEURS FORUM 2019

KUCHING 16 November – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdri. Nurul-Huda Mohamed Afandi telah menghadiri ASEAN Young Entrepreneurs Forum 2019 (AYEF) sebagai salah seorang panelis bagi sesi “Understanding Youth Millennials Market”.

Program ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Teks ucapan beliau dibaca oleh Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) Dr Zaidi Razak.

AYEF 2019 adalah platform peringkat tinggi untuk pemimpin pemuda, profesional muda dan penukar dunia dari rantau Asean. Forum ini memberi peluang kepada perwakilannya untuk mempelajari pengetahuan baru mengenai isu dan topik utama ASEAN, perusahaan sosial dan juga memahami peranan kami sebagai belia ke arah membangunkan rantau ini.

Lebih 200 delegasi dari seluruh Asean mengambil bahagian dalam forum dua hari ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »