KUALA LUMPUR | 9-12 DISEMBER – Program ASEAN + 3 Digital Business Summit 2019 merupakan program keusahawanan dalam meningkatkan keusahawanan sosial serta membuka peluang Industri 4.0 di kalangan usahawan belia Malaysia.
Program ini menampilkan usahawan belia daripada HUB USAHAWAN DIGITAL & SMART BELIA dalam transformasi pembangunan modal insan keusahawanan dan ekonomi. Usahawan belia terlibat dipilih oleh Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM melalui agensi keusahawanan seterusnya mewakili usahawan belia Malaysia bersama Negara-Negara ASEAN lain.
Keynoted address dan opening ceremony oleh YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Turut hadir Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan Sdri. Nurliana Mohamad.